Ujian Covid-19 calitan hidung tidak dibenarkan di sekolah - Utusan Malaysia

Ujian Covid-19 calitan hidung tidak dibenarkan di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menegaskan, pelaksanaan ujian saringan Covid-19 di semua sekolah di bawah kementerian itu perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.

Kementerian itu memaklumkan, penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan kementerian melalui surat bertarikh 28 November lalu berkenaan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran sekurang-kurangnya 10 peratus murid.

Jelasnya, pengurusan ujian kendiri Covid-19 bagi murid sekolah dilaksanakan mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 selaras dengan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan.

“Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penjelasan itu sebagai merujuk isu gambar yang tular dalam media sosial bertajuk ‘Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar’. 

Kementerian Pendidikan telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular itu dan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di Pahang.

Katanya, secara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian air liur.

“Walau  bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing dua Jururawat Masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.