Tidak perlu bazar, majlis buka puasa untuk jiwai penderitaan di Palestin

Tidak perlu bazar, majlis buka puasa untuk jiwai penderitaan di Palestin

BAZAR Ramadan menjadi tumpuan umat Islam mendapatkan juadah berbuka puasa. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAK sabar rasanya nak menyambut Ramadan yang dijangka jatuh pada Mac ini, namun kesedihan melanda di hati apabila mengenangkan saudara Islam di Gaza yang terus dizalimi puak Zionis.

Rakyat Malaysia boleh memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Boleh juga memberi bantuan barangan, makanan dan ubat-ubatan serta beramai-ramai mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

Namun bagi saya, ia belum cukup memadai dan sempurna untuk benar-benar menjiwai penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin.

Uwais al-Qarni, seorang teladan yang zuhud dan penghulu para tabi’in sanggup mematahkan giginya selepas mendengar berita penderitaan Rasulullah SAW yang patah gigi dalam satu peperangan untuk mengetahui kesakitan yang dialami Baginda.

Maka saranan saya sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ini supaya tidak perlu diadakan bazar Ramadan untuk mengekang ‘nafsu’ makan demi menjiwai penderitaan rakyat Palestin.

Seperkara lagi kalau boleh disarankan sempena di bulan Ramadan tahun ini agar restoran atau hotel tidak lagi perlu membuat bufet berbuka puasa sedangkan saudara Islam kita di Gaza itu nak bersahur pun susah dan nak berbuka pun sukar. Kalau dapat makan sekali pun rasanya mungkin dalam keadaan berebut-rebut.

Akhir sekali disarankan sempena di bulan Ramadan pada tahun ini, perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara seperti Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kedutaan Malaysia bolehlah menghantar nota rasmi (Third Person Note) ke perwakilan-perwakilan asing/kedutaan asing di negara-negara berkenaan (maksudnya kepada rakan-rakan sejawat yang beragama Islam sama ada terdiri daripada duta besar, pesuruhjaya tinggi, ketua canseri, menteri penasihat atau setiausaha pertama) dengan memberitahu dan mencadangkan agar tidak diadakan majlis berbuka puasa kerana ingin bersama-sama menjiwai penderitaan rakyat Palestin di Gaza.-UTUSAN

MOHD KASTURY ABDULLAH
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN