Tular potong barisan,  dua pemandu disaman - Utusan Malaysia

Tular potong barisan,  dua pemandu disaman

DUA kereta yang tular memotong barisan di Jalan Klang - Teluk Intan, Kuala Selangor semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan dua pemandu kereta yang tular kerana memotong barisan di Kilometer 31.8 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam memakan diri selepas disaman polis yang mengesan mereka di rumah masing-masing.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, beberapa kenderaan dipercayai melakukan kesalahan berkenaan di kawasan lampu isyarat simpang empat Jeram tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, perkara itu tular dalam media sosial menerusi beberapa gambar dirakam pengguna jalan raya berkenaan.

Katanya, ketika kejadian lampu isyarat di persimpangan itu merah dan semua pemandu lain berhenti di laluan betul.

“Berdasarkan penelitian gambar tular itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Selangor mengenal pasti nombor pendaftaran dua kereta terlibat.

“Polis kemudian bertindak mengesan dua pemandu berusia 31 tahun itu yang menetap di sekitar Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, hasil temu bual ke atas dua  individu itu mendapati mereka mengaku memotong barisan di lokasi kejadian.

“Berikutan itu, tindakan saman lalu lintas telah dikeluarkan terhadap mereka malam tadi. Kesalahan itu mengikut Rule 6 (1) A LN166/59 kerana memotong secara bahaya atau potong queue (barisan),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya