Tinggalkan DAP jika PKR, Amanah ingin kerjasama dengan UMNO - Utusan Malaysia

Tinggalkan DAP jika PKR, Amanah ingin kerjasama dengan UMNO

NAZRI AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerjasama politik UMNO boleh dibuka secara meluas kepada PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), namun dengan syarat kedua-dua parti itu perlu tinggalkan DAP.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, usaha tersebut akan disokong jika memberi keuntungan kepada bangsa Melayu dan Islam.

“Itu kalau apa-apa juga pertemuan dan kerjasama yang boleh menguntungkan Melayu dan Islam, saya sokonglah, termasuklah kalau sekiranya bukan terhad kepada Pas sahaja.

“Kalau ia (kerjasama dengan Pakatan Harapan pun tiada masalah) menguntungkan, tetapi pada saya dengan DAP tidak boleh.

“Ia (Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh tinggalkan DAP?), dia ada dua, menguntungkan Melayu dan Islam, dan tidak bersama dengan DAP,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam laporan Mingguan Malaysia minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan yang parti itu harus membuka ruang politik lebih luas berikutan tidak ikhlas yang berlaku dalam Muafakat Nasional (MN).

Berikutan itu, jelas Ahmad Zahid, suatu pembaharuan perlu dibuat kerana realiti dan landskap politik telah berubah, maka UMNO perlu terus menjadi parti relevan yang diterajui orang Melayu.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, bagaimanapun UMNO tidak boleh mengharapkan kelemahan pihak lawan untuk memenangkan parti.

“Kita tidak boleh harapkan sesuatu berlaku kepada lawan kita kalau nak menang. Kita kena rancang apa yang ada di depan kita. Tapi kalau mereka nak berpecah, bukan kita yang merancang untuk mereka berpecah, dan kalau berlaku perpecahan pun bukan atas perancangan kita.

“Kita kena merancang apa yang kita boleh buat, bukan mengharapkan orang belah sana berpecah atau apa sekalipun,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya