‘Terperuk’ di Singapura, semuanya serba-serbi mahal - Utusan Malaysia

‘Terperuk’ di Singapura, semuanya serba-serbi mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rakyat negara ini yang memilih terus mencari rezeki di Singapura sejak pintu sempadan kedua-dua negara ditutup Mac tahun lalu akibat Covid-19 mengakui berdepan detik kesukaran.

Menurut mereka, perkara utama yang membebankan adalah perbelanjaan harian termasuk makan minum dan kos menyewa bilik yang ke­seluruhannya meningkat berkali ganda berbanding semasa berulang-alik secara harian.

Pekerja bidang minyak dan gas, Mohamed Zaki Samsudin, 35, berkata, perbelanjaan di sana meningkat lima kali ganda berbanding ketika menaiki motosikal dari Taman Setia Indah, di sini ke negara republik itu setiap hari.

“Dahulu saya hanya ber­belanja S$200 (RM616) sebulan untuk minyak motosikal, makan tengah hari dan Permit Masuk Kenderaan (VEP). Kini meningkat kepada lebih S$1,000 (RM3,082) sebulan termasuk sewa bilik bersama dua rakan.

“Wang untuk simpanan tidak dapat dilakukan selain tidak belanja berlebihan, cukup­lah untuk makan dua kali sehari. Jika saya yang bekerja dalam bidang ini pun terkesan, pasti yang lain lebih terjejas,” kata­nya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mohamed Zaki antara pengembara yang mengambil peluang balik ke tanah air di bawah skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat dengan menaiki bas dari Terminal Queen Street ke Terminal Larkin Sentral, di sini.

Sementara itu, Md. Noor Alif Ahmad, 38, berdepan situasi tidak diduga apabila isterinya terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan dua anak setelah dia terkandas di Singapura.

Juruteknik enjin kapal terbang itu berkata, dia terpaksa akur dengan keputusan iste­rinya yang sebelum itu bekerja sebagai penjual penapis air.

Malah, Md. Noor turut me­ngakui perbelanjaannya sepanjang tinggal di Singapura mene­lan kos yang tinggi dan dia perlu bijak berbelanja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya