Op Shalom: Kertas siasatan 10 individu dirujuk AGC 

Op Shalom: Kertas siasatan 10 individu dirujuk AGC 

RUSDI Mohd. Isa ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk kertas siasatan membabitkan 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan sama ada terdapat pertuduhan, bebas atau usir melibatkan tiga suspek warga asing yang ditahan.

Kata beliau, semua individu itu masih dalam tahanan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Tempoh tahanan SOSMA tujuh individu warga tempatan tamat pada 14 Mei ini manakala tiga lagi melibatkan warga asing  pada 15 Mei ini.

“Minggu ini kita akan ada perbincangan untuk kes ini. Mungkin akan buat keputusan dalam kes ini nanti,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tangkapan ke atas Shalom.

Avitan dan sepasang suami isteri bagaimanapun sudah dituduh di mahkamah manakala lima yang lain dibebaskan.

10 lagi individu yang sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api ditahan semula di bawah SOSMA.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×