Terkejut ada pihak cakap Bahasa Melayu tidak penting - Rais - Utusan Malaysia

Terkejut ada pihak cakap Bahasa Melayu tidak penting – Rais

RAIS YATIM dan ZAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa soal Bahasa Melayu sebagai tidak penting disifatkan sebagai tidak memperdulikan peranan bahasa rasmi negara ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Rais. Yatim berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan itu sekali gus menggambarkan Zaid tidak mengambil kisah ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu menegakkan semula bahasa Melayu yang kini sudah mula lemah longlai dan terkulai. 

Kata beliau, ketegasan Ismail Sabri itu seharusnya mendapat sokongan padu dan bukannya dipandang remeh sehingga sanggup mengatakan soal tersebut tidak penting buat masa sekarang.

“Ini juga disebabkan pendirian acuh-tak acuh barisan pimpinan politik serta pelbagai pihak lain tentang bahasa kebangsaan selama ini.  Isu bahasa adalah isu tunggak negara kera tiada bàhasa, tiada bangsa itu sendiri. Justeru bila seseorang Perdana Menteri menjuarakan bahasa kebangsaan negaranya, itu bererti suatu sifat pimpinan berjiwa besar, tanda ambil berat yang besar dan pendirian terpuji. 

“Beliau mahu bahasa Melayu ditutur dan digunakan sepenuhnya di pelbagai arena dan majlis dan biasakan diri menggunakan bahasa Melayu tidak dirojakkan dengan bahasa Inggeris dalam mesyuarat, ucapan, dialog dan hubungan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zaid dalam sebuah portal yang memaklumkan soal bahasa kini tidak penting kini kerana ada banyak lagi isu besar lain di samping dunia kini cukup pesat dengan kemajuan melalui bahasa Inggeris.

Perdana Menteri sebelum ini menegur agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini kerana lebih mengutamakan Bahasa Inggeris dalam majlis, mesyuarat, persidangan, projek dan produk mereka.

Menurut Rais, beliau pertama kali menemukan seorang anak watan kurang peduli bahasa rasmi dan negaranya sendiri.

“Dalam setiap perlembagaan parti politik, ada disebutkan tentang bahasa kebangsaan sebagai perjuangan. Tapi bila pohon bahasa kebangsaan itu, tidak ramai yang menegakkannya kembali. 

“Jadi bila Datuk Seri Ismail Sabri menzahirkan perjuangan bahasa Melayunya, maka setiap warga Malaysia wajib bersyukur. 

“Itu bukan isu remeh. Tolak tepi rentak sinis mana-mana pihak yang berlagak dirinya dah berada di ufuk kayangan dunia Great Britain,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya