Tembusi pasaran 20 negara manfaatkan pemasaran digital  - Utusan Malaysia

Tembusi pasaran 20 negara manfaatkan pemasaran digital 

MOHD. Taufik  Mohd. Samsuddin menunjukkan anugerah Made For The World Excellence Award 2021 yang dimenangi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat berasaskan kesihatan, UGreat International Sdn. Bhd. berjaya menembusi pasaran hampir 20 buah negara biarpun ketika berlaku penularan wabak Covid-19.

Bagi  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UGreat International Sdn. Bhd. Mohd. Taufik Mohd. Samsuddin berkata, kejayaan tersebut berjaya dicapai selepas menggunakan platform perniagaan dalam talian bagi melaksanakan urusan pembelian.

Malah katanya, beliau kini berjaya melatih lebih 30,000 ejen dan mempunyai pengguna di pelbagai negara menerusi penggunaan kaedah berkenaan.

“Semuanya berjalan lancar sehinggalah berlaku penularan wabak Covid-19. Ia sekaligus  menyebabkan perancangan untuk mengembangkan syarikat terjejas.

“Bayangkan kami ketika itu yang hanya mengharapkan perniagaan berbentuk fizikal semata. Daripada situ saya terus mencari pelbagai idea sehinggalah syarikat bertukar kepada perniagaan dalam talian dan menerima sambutan mengalakkan daripada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Antara produk UGreat International termasuklah produk makanan tambahan  UGCare, minuman kesihatan UGCafe dan produk semburan penyegar kulit kering, UG-PROACTIVE.

Tambah Mohd. Taufik yang berpengalaman selama 12 tahun dalam pemasaran, perniagaan yang terjejas baginya menjadi satu hikmah untuk terus bergerak dan memanfaatkan sumber teknologi yang ada untuk meneruskan perniagaan.

“Jika sebelum ini, mereka yang terbabit dalam dunia perniagaan melakukan urusan perniagaan jual beli secara fizikal atau offline tetapi apabila dunia dilanda wabak Covid-19, adalah lebih baik corak perniagaan beralih arah kepada dalam talian dan ia ternyata perubahan itu memberi rezeki yang tidak disangka,” jelasnya.

Kini kata Taufik, UGreat International turut berusaha melebarkan sayap perniagaan ke negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta negara Benua Afrika seperti Uganda, Tanzania, Nigeria dan beberapa negara. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya