Tanah runtuh: Tiada penemuan kenderaan, mangsa lain - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Tiada penemuan kenderaan, mangsa lain

JENGKAUT digunakan untuk membersihkan runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) di lokasi runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini hari ini, tidak menemukan wujud kenderaan atau mangsa lain.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pengesanan kali pertama oleh Unit K9 pada pukul 1.30 petang tadi menunjukkan tanda negatif.

“Kita bagi tempoh sehingga petang ini selepas kerja-kerja mengorek runtuhan lebih dalam dijalankan, Unit K9 akan digerakkan sekali lagi untuk pengesanan di lokasi sama.

“Sekiranya operasi mengesan kenderaan atau mangsa lain masih negatif, kemungkinan operasi mencari dan menyelamat boleh ditamatkan hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja mengorek tanah pada hari kedua telah dilakukan pada kedalaman tiga meter sebelum ditambah satu meter lagi bagi memudahkan anjing pengesan.

Katanya, pada kedalaman itu, kebiasaannya mana-mana mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sudah boleh dapat dikesan.

“Kebiasaannya, jika ada mangsa yang tertimbus, pasti dapat dikesan oleh anjing pengesan. Buat masa sekarang, hasilnya pencarian masih negatif,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 petang semalam, dua lelaki maut setelah kenderaan masing-masing ditimbus runtuhan tanah.

Mayat pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat pada pukul 10.50 selepas lebih 10 jam terperangkap.

Seorang lagi mangsa, pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor pula dibawa keluar pada pukul 9.55 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya