Tanah runtuh: Mayat kedua dibawa keluar, operasi mencari diteruskan - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Mayat kedua dibawa keluar, operasi mencari diteruskan

KENDERAAN polis membawa mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands hari ini. -UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat kedua-dua mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands berjaya ditemukan malam ini.

Mayat mangsa kedua, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, pemandu lori dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada pukul 10.50 malam.

Terdahulu, mayat pertama, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada pukul 9.55 malam.

Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB) di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini hanya dua mangsa ditemukan.

Menurutnya, namun operasi mencari diteruskan kerana dikhuatiri jika ada lagi mangsa yang tertimbus.

“Operasi mencari diteruskan kerana kita khuatir kemungkinan masih terdapat lagi mangsa.

“Operasi diteruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya