Tanah runtuh Cameron Highlands: 'Dah diberi amaran berkali-kali, tunggu apa lagi?' - Utusan Malaysia

Tanah runtuh Cameron Highlands: ‘Dah diberi amaran berkali-kali, tunggu apa lagi?’

PASUKAN penyelamat menemukan lori yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Semua kejadian ini dah diberi amaran berkali-kali”.

Demikian tegas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam catatannya di Facebook mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands hari ini.

Setakat ini seorang mangsa ditemukan maut akibat tertimbus dalam runtuhan itu.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat turut menemukan sebuah lagi kenderaan iaitu Toyota Vellfire dalam timbunan tanah.

Tidak diketahui jumlah dan keadaan mangsa dalam kenderaan Vellfire yang ditemukan itu.

Kejadian pada pukul 1.41 petang menyebabkan jalan ke Cameron Highlands ditutup kepada semua kenderaan apabila runtuhan tanah menutup sepanjang kira-kira 100 meter jalan.

“Semua kejadian ini dah diberi amaran berkali-kali. Nak tunggu apa lagi?” Soal Shariffa Sabrina.

Beliau merupakan antara orang kuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lantang menyuarakan mengenai isu-isu membabitkan alam sekitar khususnya pembalakan haram dan pencerobohan hutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN