“Tak bermakna saya patah semangat, malah tetap kekal berusaha untuk buat lebih baik…” -Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

“Tak bermakna saya patah semangat, malah tetap kekal berusaha untuk buat lebih baik…” -Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob menitipkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki tidak terjangka dapat beraksi lagi pada minggu hadapan, di konsert Gegar Vaganza 8 (GV8).

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Asmara Ini itu memuat naik satu video dirinya sedang membuat persembahan semalam, menerusi siaran ulangan di kaca televisyen disertakan dengan satu coretan panjang.

“Minggu ke-4! Allahuakbar! Rezeki yang saya tidak pernah jangka! Pentas hebat ini sangat besar untuk keupayaan saya yang sedang-sedang sahaja.

“Jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain yang terlalu dahsyat dalam dunia nyanyian,” katanya di Instagram.

Menurut Fazley, walaupun dirinya seorang tukang masak dan kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman, namun ia bukan satu alasan dirinya untuk terus patah semangat dalam meneruskan pertandingan nyanyian berprestij ini.

Malah, dia lebih bersemangat untuk beraksi pada konsert seterusnya dan akan terus kekal berusaha untuk melakukan yang lebih baik.

“Saya seorang tukang masak yang kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman, berbanding dengan rakan-rakan lain yang menjuarai sama ada pertandingan nyanyian yang hebat-hebat atau sering melakukan persembahan di pentas besar sepanjang kerjaya seni mereka.

“Saya tabik hormat buat semua peserta Gegar Vaganza. Saya sangat kerdil di sisi anda semua. Namun, ini tidak pernah bermakna saya patah semangat, malahan tetap kekal berusaha untuk buat lebih baik dari minggu sebelumnya!

“Apa pun, saya sudah berniat dari awal akan berusaha untuk buat lebih baik dari minggu selepasnya. Komen juri Datuk Syafinaz sangat memberi saya kekuatan. Seolah-olah memahami dan tahu kerja keras serta dapat lihat usaha yang saya panjatkan setiap minggu,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya menitipkan semangat buat penyanyi itu agar terus bersemangat mempertahankan diri ke minggu seterusnya.

Sekadar informasi, konsert ketiga GV8 yang berlangsung semalam menyaksikan Fazley sekali lagi berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah sebanyak 54 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya