Suu Balm perkenal set ekslusif bersempena perayaan Krismas - Utusan Malaysia

 Suu Balm perkenal set ekslusif bersempena perayaan Krismas

MENN Chua menyerahkan set ekslusif Suu Balm kepada Riza Alwi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jenama penjagaan kulit, Suu Balm melancarkan satu set eksklusif bersempena dengan perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2022 yang terdiri daripada dua produk iaitu Suu Balm Rapid Itch Relieving & Restoring Moisturizer dan Suu Balm Dual Cooling & Moisturizing Cream Body Wash.

Selain itu, promosi itu disertakan bersama kek buah tradisional dan kad ucapan sempena perayaan Krismas.

Malah jenama tersebut menzahirkan komitmen mereka untuk menyalurkan derma 10 peratus daripada hasil penjualan set edisi eksklusif tersebut kepada Yayasan OrphanCare yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan menyediakan sokongan terhadap kanak-kanak tinggal di rumah penjagaan.

Pengurus Jenama Suu Balm Malaysia, Kha Menn Chua berkata, pihaknya teruja dan berbesar hati untuk berkolaborasi dengan organisasi seperti OrphanCare yang komited untuk membantu mengurangkan kes pembuangan bayi melalui inisiatif ‘baby hatch’ mereka.

Kata beliau, pihaknya menyatakan keprihatinan mereka terhadap gejala pembuangan bayi yang semakin membimbangkan di Malaysia sejak kebelakangan ini. 

“Menurut OrphanCare setakat 2021, kes pembuangan bayi masih lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara yang mana Malaysia merupakan negara yang mempunyai peratusan tertinggi dengan tahap purata sebanyak 100 kes pembuangan bayi setiap tahun.

“Kami amat berharap melalui kerjasama ini, pengguna di luar sana dapat memainkan peranan mereka dalam mencegah gejala pembuangan bayi di tempat-tempat awam dan pada masa yang sama, turut membantu menyelamatkan nyawa. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah dengan membeli Set Ekslusif Krismas Suu Balm yang berharga bermula dari RM119. 

“Sebanyak 10 peratus daripada kesemua jumlah jualan akan disalurkan terus ke OrphanCare untuk tujuan murni ini,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat dan Pengurus Komunikasi Yayasan OrphanCare, Riza Alwi melahirkan rasa syukur dan terharu beliau diatas inisiatif sumbangan dibuat oleh Suu Balm untuk menyokong Yayasan tersebut dalam usaha mereka untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi dan kehamilan yang tidak dirancang.

“OrphanCare amat berterima kasih kepada pihak Suu Balm untuk kolaborasi yang sangat bermakna ini. Setiap sumbangan yang dikutip tentunya dapat membantu misi kami selainmembantu meningkatkan lagi kesedaran di kalangan pengguna Suu Balm terhadap fungsi dan peranan OrphanCare” ujar Riza.

Selain itu, OrphanCare juga menyediakan kemudahan peti perlindungan bayi atau ‘baby hatch’ sekali gus dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi di negara ini. 

Pertubuhan itu turut bekerjasama dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Lumos, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak menganjurkan pemindahan kanak-kanak dari rumah rumah perlindungan dan menguruskan koordinasi pemindahan daripada institut penjagaan kanak-kanak tersebut kepada sebuah sistem yang berasaskan keluarga dan komuniti. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN