Soon Koh bersaing lima penjuru di Bawang Assan - Utusan Malaysia

Soon Koh bersaing lima penjuru di Bawang Assan

Wong Soon Koh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh berdepan saingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, 18 Disember ini.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan II kerajaan Sarawak berdepan calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS-SUPP), Robert Lau Hui Yew.

Robert Lau Hui Yew

Hui Yew adalah seorang peguam dan ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun 2020 hingga 21 Jun tahun depan.

Soon Koh antara lain  bersaing dengan calon daripada Pakatan Harapan (PH)-DAP, Amy Lau Bik Yin; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Michelle Ling Shyan Mih dan calon Bebas, Ricky Enteri.

Beliau sudah mempertahan DUN Bawang Assan selama enam penggal sejak 1991. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya