Skuad Musaa'dah Keluarga Malaysia jejaki asnaf - Utusan Malaysia

Skuad Musaa’dah Keluarga Malaysia jejaki asnaf

IDRIS Ahmad ketika melancarkan Skuad Musaa'dah Keluarga Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Skuad Musaa’dah Keluarga Malaysia yang disertai 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mula digerakkan hari ini.

Menterinya, Idris Ahmad berkata, skuad berkenaan ditubuhkan bagi menyantuni asnaf dan keluarga yang memerlukan bantuan khususnya di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, pasukan itu disertai 100 sukarelawan terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kita akan mulakan dengan tiga lokasi terlebih dahulu iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebelum diperluas ke seluruh negara.

“Skuad ini akan mengagihkan bantuan berupa bakul makanan, wang tunai dan barangan keperluan dengan menggunakan  11 kenderaan pacuan empat roda dan enam motosikal,” katanya ketika berucap sempena majlis pelancaran dan pelepasan Skuad Musaa’dah Keluarga Malaysia di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya