Siswazah syariah tidak kekok jual jagung - Utusan Malaysia

Siswazah syariah tidak kekok jual jagung

AHMAD YAZID OSMAN bangkit mengusahakan perniagaan jagung kelapa parut bagi menampung kehidupan seharian , Perlis. - UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Hilang pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan halangan buat graduan syariah untuk bangkit menjadi usahawan dalam perniagaan jagung kelapa parut.

Ahmad Yazid Osman, 39, graduan Pengajian Bersepadu Jarak Jauh (PBJJ), Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tekad bangkit mengusahakan perniagaan bagi menampung kehidupan yang serba mencabar.

Bekas pekerja sebuah syarikat swasta di ibu negara dalam tempoh PKP itu mengambil keputusan pulang ke kampung halaman seterusnya menjalankan perniagaan jagung kelapa parut di tepi jalan, warung GS Care, Guar Sanji, di sini sejak sebulan lalu.

Percubaan anak bongsu daripada dua beradik itu membuahkan hasil apabila jagung kelapa parut atau ‘nyioq’ yang dijualnya itu mendapat sambutan memberangsangkan.

Katanya, dia ada memohon pekerjaan khususnya dalam bidang syariah sebelum ini namun belum ada rezeki mendapat pekerjaan tersebut.

Ujarnya, bermodalkan wang simpanan RM1,000, dia mengambil keputusan mengusahakan perniagaan tersebut.

“Dalam suasana sekarang, sukar mendapatkan pekerjaan dan saya perlu mengambil inisiatif mengusahakan sesuatu bagi menjana pendapatan. Alhamdulillah, perniagaan jagung kelapa parut mendapat sambutan.

“Jagung kelapa parut ini adalah resepi tradisional yang jarang-jarang ada di negeri ini. Isi jagung tersebut digaul dengan kelapa parut halus yang dikukus.

“Setiap hari, sekitar 10 kilogram jagung ijual dan hasil yang diperoleh cukuplah bagi menampung kehidupan harian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambah Ahmad Yazid, selain jagung kelapa parut, dia juga menjual jagung keju dan jagung kukus bakar dengan harga serendah RM2 sehingga RM4. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya