Siasat lebih telus isu kartel Jabatan Imigresen - Utusan Malaysia

Siasat lebih telus isu kartel Jabatan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mahu siasatan dalaman lebih telus berhubung dakwaan isu kartel membabitkan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hassim berkata, siasatan dalaman itu penting bagi memastikan imej jabatan dapat dibersihkan daripada dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk campur dalam siasatan dalaman itu selain pihak jabatan sendiri.

“Siasatan mestilah tertumpu pada segelinitr pihak yang disyaki terlibat sahaja dan bukannya melibatkan keseluruhan jabatan.

“Siasatan juga perlu diperluaskan kepada pelbagai pihak seperti vendor dan agensi swasta lain yang terlibat sama dalam perkhidmatan Jabatan Imigresen,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya melihat banyak kejayaan dicapai Jabatan Imigresen sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini termasuk dari segi penyampaian perkhidmatan.

Hishamuddin berkata, MHO juga merasakan isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam jabatan itu tidak begitu besar dan hanya melibatkan segelintir pegawai.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendedahkan pihaknya kini sedang menyiasat dakwaan kononnya wujud kartel dalam pelbagai peringkat pegawai di Jabatan Imigresen.

Menurutnya, beliau mengakui menerima maklumat itu dan memberi jaminan perkara itu akan disiasat dengan rapi dan telus.

“Sindiket ini dikesan menggunakan pegawai-pegawai dalaman dan kartel ini bukan mahu mengejar kenaikan pangkat sebaliknya mereka digunakan untuk bekerjasama dengan sindiket-sindiket luar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya