'Siapa kecam aku, berdosa, berdosa' - Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah - Utusan Malaysia

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

PETALING JAYA: Satu rakaman video di aplikasi TikTok tular menunjukkan rasa geram seorang lelaki yang dikecam selepas ‘sesak nafas’ dan tidak jadi berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor.

Pada awalnya, lelaki itu didakwa berjanji akan membuka baju dan seluar dari Kuala Lumpur hingga ke Johor.

Ini selepas lelaki tersebut membuat janji untuk berbogel jika Kuala Lumpur City (KL City) dapat mengalahkan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.

Namun malang bagi lelaki tersebut, kerana JDT tewas 0-2 terhadap KL City.

“Mana-mana yang kecam aku tu, berdosa-berdosa, berdosa,” tegasnya.

Terdahulu lelaki itu berkata: “Hidup JDT! Aku bogel dari KL sampai Johor tau”.

Bagaimanapun, seorang netizen dalam di Twitter ‘menyiarkan’ gambar lelaki berkenaan dengan ciapan berbunyi: “Minta Maaf, tak jadi bogel ke Johor, saya ada sesak nafas.”

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN