Sembilan kru cemas bot hampir tenggelam - Utusan Malaysia

Sembilan kru cemas bot hampir tenggelam

KEADAAN bot 'barter trade' dinaiki sembilan kru Indonesia yang dimasuki air dan hampir tenggelam di perairan Tanjung Pungai, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sembilan kru warga Indonesia berdepan detik cemas selepas bot ‘barter trade’ yang dinaiki mereka dimasuki air dan hampir tenggelam di perairan Tanjung Pungai, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru tmenerima maklumat kejadian pada pukul 11 pagi.

Jelasnya, kejadian itu dimaklumkan menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) mengenai kejadian sebuah bot ‘barter trade’ mengalami cuaca buruk justeru diselamatkan oleh bot ronda Perkasa 30 milik Maritim Malaysia.

“Sebelum kejadian, bot ‘barter trade’ yang dikendalikan oleh sembilan kru warga Indonesia berusia antara 19 tahun hingga 48 tahun itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna, Indonesia dari Singapura.

“Kesemua kru bot yang diselamatkan telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN