Saksi kemalangan 11 kenderaan termasuk sebuah bas diminta tampil bantu siasatan - Utusan Malaysia

Saksi kemalangan 11 kenderaan termasuk sebuah bas diminta tampil bantu siasatan

KEADAAN kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan dekat Perai, Pulau Pinang petang ini menyebabkan kesesakan teruk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis meminta pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 139.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Perai di sini petang tadi tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Sufi Abdul Razak di talian 013-477 4542 atau 04-538 2222.

Menurut beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.40 petang dan siasatan mendapati kemalangan itu berpunca apabila sebuah bas dari arah Butterworth menuju ke Ipoh, Perak disyaki hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan di hadapan.

“Bas itu kemudiannya melanggar sembilan lagi kenderaan lain yang dalam laluan sama.

“Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan lebuh raya itu sesak teruk sejauh kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di sini apabila kedua-dua lorong terhalang ekoran kemalangan tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku selepas sebuah bas ekspres melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di lorong kanan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain di hadapannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.