JPJ sita kereta pempengaruh kerana tiada insurans, LKM tamat tempoh

JPJ sita kereta pempengaruh kerana tiada insurans, LKM tamat tempoh

AEDY FADLY RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertahankan tindakan menyita kenderaan mewah milik seorang pempengaruh media sosial.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan sitaan dibuat kerana kenderaan terbabit tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

“Dia bawa kereta LKM tamat tempoh, tidak ada insurans kalau berlaku apa-apa, anak dia, keluarga dia, insurans tidak akan lindungi. Kalau berlaku pada orang lain pula macam mana?

“Ketiadaan perlindungan insurans adalah kesalahan serius yang tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan nyawa manusia.

“Isunya sekarang adalah nyawa manusia lebih penting. Bila ditahan dan memang pada waktu itu boleh ambil tindakan, tidak ada kompromi,” katanya pada sidang akhbar Op Luxury 4.0 di Depoh B Ibu Pejabat JPJ Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang pempengaruh yang mengeluh selepas kenderaannya disita JPJ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN