Ramalan hujan berterusan, banjir ekoran sistem cuaca tekanan rendah - Utusan Malaysia

Ramalan hujan berterusan, banjir ekoran sistem cuaca tekanan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sekitar 15 Disember ini (esok).

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan, seterusnya sistem itu dijangka merentasi kawasan utara Semenanjung menuju ke Laut Andaman pada 17 Disember.

Menurut METMalaysia, keadaan itu berpotensi menghasilkan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan yang boleh mengakibatkan banjir, terutamanya di negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung.

Ini melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Di Sabah pula, sistem cuaca tekanan rendah yang kini berada di tenggara Filipina dijangka merentasi perairan utara negeri itu pada 16 hingga 18 Disember,” jelas METMalaysia dalam satu kenyataan di sini.

Jabatan itu menambah, oleh yang demikian, orang ramai di kawasan terlibat diingatkan lebih peka dan berwaspada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN