PSB bertanding 70 kerusi - Utusan Malaysia

PSB bertanding 70 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) meletakkan 70 calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.

Keputusan itu menyaksikan PSB tidak bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diumumkan sebelum ini.

Presidennya, Wong Soon Koh berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menumpukan kepada kerusi-kerusi yang boleh dimenangi parti itu pada pilihan raya kali ini.

“Kita tidak akan bertanding di semua kerusi, bukan sebab kita tidak cukup calon yang berkualiti. Tetapi kita mahu menumpukan sepenuh perhatian memenangi lebih banyak kerusi,” katanya semasa sidang akhbar di sini petang ini.

Soon Koh berkata, beliau akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya selama enam penggal sejak 1991.

Katanya, seramai 10 calon wanita PSB akan berentap dalam pilihan raya negeri termasuk calon paling muda  di DUN Nangka, Intanurazean Wan Sapuan Daud, 26.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN