ProtectHealth, MyFundAction jalin kerjasama laksana PeKa B40 - Utusan Malaysia

ProtectHealth, MyFundAction jalin kerjasama laksana PeKa B40

DR. ANAS Alam Faizli (tiga, kanan) dan Siti Aisyah Shahid (tiga kiri) selepas menandatangani MOU antara MyHeart dan Protecthealth Corporation di Ruang, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bagi meluaskan manfaat program Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), syarikat kesihatan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) menjalin kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction bertujuan membantu pesakit  yang tidak mampu membiayai kos rawatan akibat tidak cukup sumber kewangan.

Ketua Pegawai Operasi MyFundAction, Siti Aisyah Shahid berkata, kerjasama tersebut dimeterai bagi menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum jatuh sakit.

“Dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) ini, kita boleh mendapatkan bantuan daripada ProtectHealth dengan lebih cepat,” katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani MoU di antara ProtectHealth dengan MyFundAction di Ruang Event Space, di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Siti Aisyah mewakili MyFundAction manakala ProtectHealth diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Anas Alam Faizli menandatangani MoU berkenaan.

Sementara itu, Dr. Anas Alam berkata, kerajaan memperkenalkan PeKa B40 bagi membantu rakyat berpendapatan rendah bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Dalam program ini, terdapat empat insentif yang ditawarkan seperti pemberian alat perubatan kepada seseorang pesakit sehingga RM20,000.

“Selain itu, insentif melengkapkan rawatan kanser berjumlah RM1,000 dan menanggung tambang pengangkutan sehingga RM1,000 turut diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, dia menyeru seluruh rakyat Malaysia segara membuat pemeriksaan kesihatan supaya pengesanan terhadap apa-apa penyakit yang dihadapinya dapat diketahui lebih awal.

Ini kerana menurutnya, langkah pencegahan atau rawatan awal dapat dilakukan lebih cepat bagi mengelak penyakit terbabit daripada melarat dan sukar diubati.-UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya