fbpx

28 Januari 2022, 7:11 pm

PRN Sarawak: PKR hanya bertanding 27 kerusi, berbanding 47 kerusi

DOMINIQUE NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: PKR mengumumkan akan bertanding 27 kerusi berbanding 47 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Sarawak, Dominique Ng berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian terhadap bilangan kerusi yang mampu dimenangi partinya.

“Awalnya kita kata 47 kerusi adalah kerusi tumpuan tapi kita tak kata nak bertanding semua 47 kerusi.

“Fokus kita sekarang ini adalah jumlah kerusi yang boleh dimenangi PKR, berbanding letak calon yang langsung tak ada peluang nak menang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, PKR tidak lagi mahu bertanding lebih 40 kerusi seperti PRN sebelum ini.

“Dulu kita cuba menyaingi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dulunya dalam Barisan Nasional (BN) dan mengelakkan berlakunya kerusi menang tanpa bertanding, itu prinsip kita sebelum ini.

“Tetapi sekarang ada banyak parti, jadi kita kena kurangkan jumlah kerusi dan bersikap lebih realistik, bertanding sikit untuk fokus menang banyak. Sebab itu, ada pengurangan yang drastik terhadap bilangan kerusi yang akan dipertandingkan oleh PKR,” katanya.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.

Turut diumumkan Naib Pengerusi MPN PKR Sarawak, Roland Engan yang akan bertanding di DUN Mulu.

Setiausaha Agung PKR Sarawak, Joshua Jabeng pula akan bertanding di kerusi DUN Kakus, sementara Ketua Cabang PKR Mukah, Abd. Jalil Bujang akan bertanding di DUN Balingian.

Timbalan Ketua Wanita PKR Sarawak, Norhafizah Johari diletakkan sebagai calon DUN Bekenu, diikuti dengan Setiausaha Wanita PKR Sarawak, Cherishe Ng yang menjadi calon DUN Batu Lintang, manakala Ketua Wanita PKR Sibuti, Zulhaidah Suboh bertanding di DUN Lambir.

Selebihnya, Meneng Anak Biris akan bertanding di DUN Opar; Ahmad Nazib Johari (Tupong); Nor Dahlia Esapian Eyau (Satok); Mahmud Epah (Asajaya); Michael Sawing (Serumbu); Christo Michael (Tarat) dan Senior William Rade (Tebedu).

Ini diikuti Piee Bin Ling (Sadong Jaya); Abang Abd. Kassim Abang Bujang (Lingga); Patrick Kamis (Saribas); Mikail Mathew Abdullah (Bukit Saban); Satu Anak Anchom (Ngemah), M. [email protected] Usit (Machan).

Mohd. Arwin Abdullah pula akan bertanding di DUN Telian; Munan Laja (Katibas); Ani Amat (Murum); Elias Lipi (Marudi); Philip Jau Asing (Telang Usan); Racha Balang (Batu Danau) dan Martin Samuel Labo (Ba’Kelalan).

POPULAR

KOSMO! TERKINI