PRN Sarawak: Hujan dan mendung semasa penamaan - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Hujan dan mendung semasa penamaan

KEADAAN cuaca di DUN Bukit Sari, Ba'kelalan, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Cuaca hujan diikuti mendung di banyak tempat pusat penamaan calon di negeri ini menyaksikan calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berdepan ujian pertama ketika proses penamaan calon bermula pagi ini.

Antara kawasan yang terlibat ialah pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Ba’kelalan, Tellian, Tanjung Datu, Bukit Saban dan Tellian.

Bagaimanapun, proses penamaan calon dan penghantaran borang berjalan lancar.

Bermula pukul 9 pagi tadi, antara calon di kawasan yang menjadi perhatian media iaitu di Gedong, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (GPS); Padungan, Chong Chien Jen (PH-DAP); Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-DAP), Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan (GPS) dan Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Mereka menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya