PRN Sarawak: Abang Johari serah borang pencalonan di DUN Gedong - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Abang Johari serah borang pencalonan di DUN Gedong

ABANG Johari Tun Openg menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dun Gedong sempena PRN Sarawak di Dewan Masyarakat Gedong, Sarawak. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEDONG: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg selesai menghantar borang pencalonan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.

Beliau tiba di pusat penamaan calon bersama dua orang pengiring di Dewan Masyarakat Gedong pada pukul 8.50 pagi tadi.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri turut hadir bagi memberi sokongan kepada Abang Johari.

Ini pertama kali Abang Johari bertanding di kerusi DUN Gedong setelah sembilan penggal berkhidmat di DUN Satok sejak 1981.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya