PRN Sarawak: Abang Johari berdepan saingan empat penjuru  - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Abang Johari berdepan saingan empat penjuru 

EMPAT calon DUN Gedong (dari kiri), Tomas Marcus Ango (Parti Bumi Kenyalang); Mohamad Sofian Fariz Sharbini (PSB); Tan Sri Abang Johari Tun Openg (Gabungan Parti Sarawak) dan Kamal Bujang (Amanah) bergambar bersama selepas selesai menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN Gedong, Dewan Masyarakat Gedong hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEDONG: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau yang bertanding buat pertama kali di DUN Gedong berdepan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini; calon Amanah, Kamal Bujang dan calon Parti Bumi Kenyalang, Tomas Marcus Ango.

Sebelum ini, DUN Gedong disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Mohd. Naroden Majais yang menang di kerusi itu dengan majoriti 3,365 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.