PRN Sarawak: 53 peratus keluar undi awal setakat 11 pagi - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: 53 peratus keluar undi awal setakat 11 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sebanyak 53 peratus keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 11 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kadar peratusan itu meningkat berbanding 35 peratus pada 10 pagi dan 17 peratus pada 9 pagi tadi.

85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran telah dibuka sejak 7.30 pagi tadi dan ditutup pada 5 petang.

Seramai 23,043 pengundi dijangka memilih calon pilihan mereka pada hari mengundi awal ini.

Jumlah itu terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.