KUCHING: Sebanyak 35 peratus pemilih keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 10 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran dibuka sejak 7.30 pagi tadi dan ditutup pada 5 petang.
Seramai 23,043 pengundi dijangka memilih calon pilihan mereka pada hari mengundi awal ini.
Jumlah itu terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak .- UTUSAN ONLINE