Polis siasat video tular tiga lelaki bergaduh - Utusan Malaysia

Polis siasat video tular tiga lelaki bergaduh

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis sedang menyiasat satu video yang tular berkaitan pergaduhan membabitkan tiga lelaki warga tempatan di sebuah premis di Kondominium Wira Jaya Setapak, Kuala Lumpur.

Video  berdurasi dua minit 10 saat itu tular selepas dimuat naik seorang pengguna laman Facebook dengan nama akaun, Anas Najib di laman Kaki Viral.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, susulan penularan itu, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju mengikut bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

ASHARI ABU SAMAH

“Sehubungan itu,  orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan video tersebut sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana Balai Polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya