PETALING JAYA: Tindakan anggota polis melepaskan tembakan ketika cuba menahan sebuah kereta di Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak semalam dipercayai kerana kereta itu dipandu dalam keadaan bahaya.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu berlaku apabila anggota polis trafik dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching cuba menahan sebuah kereta Proton Saga warna kelabu yang dilihat mencurigakan serta dipandu dalam keadaan bahaya.
“Pegawai perubatan mengesahkan pemandu lelaki berusia 24 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, polis melepaskan tembakan terhadap sebuah kereta yang dipercayai cuba melarikan diri selepas diarah berhenti.
Suspek kemudian cuba merempuh sepasukan polis malah beberapa kenderaan milik orang awam rosak dilanggar pemandu berkenaan dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga.- UTUSAN ONLINE