Polis kesan pemandu kereta masuk laluan motosikal

[VIDEO] Polis kesan pemandu kereta masuk laluan motosikal

PEMANDU kereta yang melalui laluan motosikal di Kilometer 29.5 Lebuhraya Persekutuan diminta tampil membantu siasatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pemandu kenderaan yang memasuki laluan motosikal di Kilometer 29.5 Lebuhraya Persekutuan di sini sehingga membahayakan penunggang motosikal mengundang padah apabila diburu polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang memasuki laluan motosikal menghala Shah Alam itu adalah Proton Persona.

VIDEO yang memaparkan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu melalui laluan motosikal.

 

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Mereka boleh ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan papan tanda dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Sebelum ini pernah beberapa kali dilaporkan kejadian sama iaitu kereta memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan selepas rakaman video kejadian tular di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN