Polis Gerik lupus barang kes judi RM50,000 - Utusan Malaysia

Polis Gerik lupus barang kes judi RM50,000

BARANG Arampasan aktiviti perjudian yang dilupuskan di Tapak Pelupusan Majlis Daerah Lenggong di Selat Pagar, Lenggong, Perak,  hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Sebanyak 972 rampasan aktiviti perjudian bernilai RM50,000 membabitkan 26 kertas siasatan dilupuskan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hari ini.

Antara barang yang dilupuskan ialah monitor, unit pemprosesan komputer (CPU), tetikus, papan kekunci, modem Wifi, perakam kamera litar tertutup (CCTV), tablet dan komputer riba.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, barang-barang yang dilupuskan itu merupakan kes Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gerik dari tahun 2011 hingga 2015.

Katanya, kesemua barang itu telah mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan selesai perbicaraan dan suspek terlibat dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

“Barang rampasan itu dilupuskan dengan cara menghancurkan dan ditanam di Tapak Pelupusan Majlis Daerah Lenggong di Selat Pagar, Lenggong.

“Pelupusan barang itu dilupuskan mengikut peruntukan Seksyen 22 Akta Polis 1967 dan Seksyen 407A Kanun Prosedur Jenayah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya