Polis cari dua lelaki saksi kes pengedaran dadah  - Utusan Malaysia

Polis cari dua lelaki saksi kes pengedaran dadah 

POLIS sedang mengesan dua lelaki yang menjadi saksi perbicaraan dua kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang pada 9 dan 16 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis sedang mencari dua lelaki sebagai saksi perbicaraan dua kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi di sini, pada 9 dan 16 Disember ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, saksi pertama ialah Soo Chin Eng, 44, yang alamat terakhirnya di 6, Jalan Rambai 4, Paya Terubong di sini.

Tambahnya, saksi kedua ialah Mohamed Faizal Mohd. Yunus,.45, yang beralamat di 3-3-11 Taman Bukit Erskin, Tanjung Tokong, di sini.

“Sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan atau mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Inspektor Tuan Nur Aziera Tuan Putera di talian 013-5904219 dan Inspektor Ismail Mohamed menerusi talian 013-6078328,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Chin Eng perlu hadir bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Disember ini manakala Mohamed Faizal pada 16 Disember ini di mahkamah sama.

Tambahnya, kedua-dua perbicaraan  itu membabitkan kes berasingan dan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN