Perkeso agih RM580 juta untuk majikan di Pahang - Utusan Malaysia

Perkeso agih RM580 juta untuk majikan di Pahang

MOHD. SHAHAR Abdullah (tengah) diberikan penerangan oleh pegawai dari Ikip Trainning, Norsham Nisam Abdul Malik (dua dari kiri) pada Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia di Dewan Paya Besar di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak RM580 juta diagihkan kepada majikan di negeri ini yang memanfaatkan lebih 95,000 pekerja melalui program subsidi upah (PSU) dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak April tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, program itu bukan sahaja membantu pekerja malah dapat mengurangkan beban pengurusan kira-kira 13,000 majikan yang terkesan akibat penularan Covid-19.

“Bantuan ini antara usaha yang sudah dan sedang berjalan bagi membantu golongan pekerja dan majikan.

“Terdapat juga inisiatif lain antaranya Geran Khas Prihatin (GKP) dan Danajamin Prihatin Guarantee Scheme (DPSG) melalui pakej rangsangan ekonomi bagi menyokong sektor perniagaan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam karnival anjuran bersama Perkeso dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang disertai 28 majikan dari seluruh negeri ini. 

Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengurus Besar ECERDC, Datuk Mohd. Mazlan Sharudin.

Sementara itu, Mohd. Shahar memaklumkan kerajaan menyediakan peruntukan RM1.1 bilion menerusi Bajet 2022 bagi menyediakan latihan untuk memastikan isu skop kerja ditawarkan tidak menepati kemahiran dimiliki pekerja atau masalah pencari kerja dapat diatasi.

“Penting juga untuk ditawarkan latihan kepada pencari kerja kerana memang berlaku masalah ‘miss match’ antara pekerjaan ditawarkan dan kemahiran dimiliki (pencari kerja), jadi perkara ini (latihan) akan disediakan oleh pihak Human Resources Development Corporation (HRD Corp.) atau pihak yang diiktiraf kerajaan.

“Peruntukan besar bagi memberikan latihan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 22,000 pekerja atau pencari kerja sebaik sahaja ia dimulakan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya