Perjanjian CCA mercu tanda usahasama industri minyak dan gas di Sabah - Utusan Malaysia

Perjanjian CCA mercu tanda usahasama industri minyak dan gas di Sabah

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perjanjian kerjasama komersial (CCA) yang ditandatangani bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Kota Kinabalu hari ini, adalah mercu tanda dalam usahasama pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengalu-alukan pencapaian permuafakatan antara kedua-dua pihak itu sekali gus memberi kesan limpahan ekonomi yang lebih menyeluruh di negeri berkenaan. 

Menurut beliau, melalui perjanjian yang dimeterai juga membolehkan Kerajaan Negeri Sabah memainkan peranan lebih besar dalam mengembangkan industri minyak dan gas melalui usahama erat bersama Petronas. 

“Di samping itu, imembuka lagi peluang perniagaan yang lebih meluas kepada syarikat-syarikat tempatan untuk berkecimpung di dalam industri khidmat minyak dan gas di Sabah.

“Pada masa sama, Petronas terus memainkan peranan sebagai syarikat petroleum milik negara dengan kuasa penuh dalam mengawal selia pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras dengan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, permuafakatan yang berjaya dicapai melambangkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan pembangunan yang inklusif agar manfaat pembangunan negara dapat dinikmati bersama secara lebih adil dan saksama. 

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sabah dan Petronas mememeterai CCA iaitu satu dokumen yang paling penting antara kedua-dua pihak sejak 16 Jun 1976, apabila perjanjian pembayaran tunai (royalti) dipersetujui, yang ditandatangani antara Sabah dan Petronas.

Selaras dengan keputusan perjanjian itu, Sabah  mengumumkan penubuhan SMJ Petroleum Sdn. Bhd., iaitu syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan negeri yang akan menerajui penyertaan komersial negeri dalam industri minyak dan gas.

Ini termasuk menyelaras semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi memastikan terma dan syarat CCA berjaya dilaksanakan demi kepentingan Sabah. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.