Penjawat awam ditahan rogol dua beradik - Utusan Malaysia

Penjawat awam ditahan rogol dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki merogol dua beradik di dalam kawasan belukar di Ayer Tawar dekat sini kira-kira enam hari lalu.

Lelaki berusia 21 tahun yang bertugas di Kota Samarahan, Sarawak sedang bercuti serta berada di daerah Manjung ditahan kira-kira pukul 2.20 petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima aduan daripada dua mangsa berusia 37 dan 20 tahun mengadu dirogol oleh suspek pada pukul 2.38 pagi pada 21 Disember lalu.

“Kejadian berlaku di sebuah kawasan belukar di tepi jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar.

“Ketika kejadian, dua adik-beradik itu menaiki sebuah motosikal untuk pulang ke rumah pada pukul 12.05 tengah malam sebelum ditahan suspek yang juga menaiki sebuah motosikal di laluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek mengugut akan membunuh mangsa jika tidak mengikut arahannya, sebelum dirogol.

Katanya, hasil maklumat, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya mengesan dan menangkap suspek.

Beliau memberitahu, polis turut merampas pakaian dan kenderaan yang digunakan suspek ketika kejadian tersebut.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan.

Beliau menjelaskan, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya