Pengorbanan Ali Biju perkukuh Bersatu-GPS pada PRU-15 - Utusan Malaysia

Pengorbanan Ali Biju perkukuh Bersatu-GPS pada PRU-15

WAN SAIFUL WAN JAN dan ALI BIJU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tindakan Datuk Ali Biju menarik diri daripada bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar yang menghayati matlamat besar politik nasional yang dipegang oleh parti.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, meskipun Ali tahu tentang kekuatannya di kawasan tersebut, namun pengorbanan itu mampu memperkukuh kedudukan antara Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Menjunjung kepentingan parti menunjukkan betapa beliau seorang pemimpin berjiwa besar yang menghayati matlamat besar politik nasional yang dipegang oleh parti.

“Kita sedia maklum bahawa Datuk Ali mempunyai sokongan yang kuat di tempat beliau. 

“Penarikan diri ini adalah satu pengorbanan oleh (Datuk) Ali dan Bersatu demi untuk memastikan GPS menang dengan selesa dalam PRN Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Ali yang juga Ahli Parlimen Saratok menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Krian yang menyaksikan persaingan empat penjuru daripada Musa Dinggat (Parti Sarawak Bersatu), Danny Kuan (Parti Bumi Kenyalang) dan Friday Belik.

Ali berkata, keputusannya menawarkan diri sebagai calon Bebas di DUN Krian dibuat selepas mengambil kira pandangan dan desakan pimpinan masyarakat dan pengundi.

Bagaimanapun, Ali mengumumkan menarik diri sebagai calon Bebas bagi DUN Krian dan akan memberi sokongan penuh kepada calon GPS iaitu Friday.

Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, keputusannya itu bagi memelihara muafakat serta memperkukuh hubungan antara PN dan GPS.-UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya