Penganjuran Sukma 2020 dalam perjalanan - Utusan Malaysia

Penganjuran Sukma 2020 dalam perjalanan

HASNUL Faizal Hushin Amri (kiri) melawat pameran selepas majlis perasmian Simposium Perubatan Ragbi Malaysia 2021 di Menara Seri Wilayah Putrajaya, semalam.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat bagi membincangkan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Wilayah Persekutuan akan diadakan selewat-lewatnya hujung bulan ini, sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri berkata, perbincangan itu melibatkan lokasi kejohanan, modul, peruntukan kewangan dan jumlah sukan yang akan dipertandingkan.

“Kita ada dapat maklumat kemungkinan kejohanan akan diadakan dibeberapa lokasi antaranya Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, namun pusat utama kejohanan adalah di Bukit Jalil.

“Mesyuarat akan membincangkan semua perkara ini dan penyediaan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Kabinet akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Simposium Perubatan Ragbi Malaysia 2021, hari ini.

Turut hadir, Presiden Ragbi Kuala Lumpur, Datuk Azaddin Ab. Aziz serta Pengarah Perubatan dan Kebajikan Ragbi Malaysia, Dr. Nik Haziran Wan Hamat.

Hasnul Faizal berkata, selepas mendapat kelulusan Kabinet, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia akan diadakan sebelum keputusan akan dimaklumkan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Selepas MSN memaklumkan keputusan dari situ kita akan maklumkan kepada semua negeri yang pastinya dinantikan untuk melakukan persiapan,” katanya.

Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada Oktober lalu bersetuju agar penganjuran temasya sukan terbesar negara itu di Johor pada tahun hadapan, ditangguhkan ke 2024.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN