Pendidikan bahaya rasuah bukan setakat pada 9 Disember - Utusan Malaysia

Pendidikan bahaya rasuah bukan setakat pada 9 Disember

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menegaskan pendidikan tentang pencegahan rasuah tidak wajar ditumpukan pada Hari Anti-Rasuah Antarabangsa (HARA) yang diadakan pada 9 DIsember semata-mata.

Sebaliknya, pendidikan terhadap bahaya rasuah perlu menjadi program yang berterusan dalam mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah serta kesan kepada mereka dan negara.

Hal itu ditegaskan Presiden MCW, Jais Abdul Karim yang mengharapkan penganjuran HARA dilakukan secara komited dan iltizam yang tinggi.

“HARA yang disambut di seluruh dunia hanyalah satu ingatan penting kepada masyarakat bahawa rasuah adalah musuh kepada seluruh peradaban dan tamadun dunia,” katanya dalam satu kenyataan sempena HARA hari ini.

Jais berkata, MCW sebagai contoh tidak pernah duduk diam bagi memastikan jenayah integriti tersebut terus diperjuangkan.

Menurutnya, sejak penubuhan MCW pada 2017, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut telah menganjurkan Program Kunjungan Ilmiah ke luar negara bersempena sambutan HARA.

“Ia dengan tujuan untuk mempelajari kaedah-kaedah pencegahan dan konsep gerakan antirasuah yang diguna pakai oleh pihak penguatkuasa negara tersebut dalam tindakan berkesan memerangi rasuah di negara masing-masing. 

“Program seperti ini memberikan suntikan idea segar dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan Malaysia bebas rasuah pada masa hadapan,” katanya.

Jais berkata, MCW telah mengadakan program tersebut ke Jakarta, Indonesia pada 2017,  Singapura (2018) dan Manila, Filipina pada 2019.

“Pandemik Covid-19 telah menyebabkan program tersebut tergendala. Pada tahun lalu, seramai 30 orang ahli MCW telah terlibat dengan kempen mengedarkan pelekat khas antirasuah di beberapa lebuhraya utama di Lembah Kelang anjuran Prolintas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN