Selangor, KL tertinggi catat kes seks luar tabii - Utusan Malaysia

Selangor, KL tertinggi catat kes seks luar tabii

SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan negeri tertinggi kes seks luar tabii melibatkan mangsa umur 18 tahun.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 sehingga November lalu kes yang direkodkan di Selangor iaitu 94 kes dan Kuala Lumpur 39 kes.

Kata beliau, kes bagi negeri lain dalam tempoh itu ialah Johor 37 kes, Sabah (18) Sarawak (17), Pahang dan Perak masing-masing 16 kes, Kedah (13), Pulau Pinang (12), Terengganu (sembilan), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing lapan kes, Kelantan (enam) dan Perlis (empat).

“Antara umur yang terlibat dalam kes ini ialah di bawah 16 tahun seramai 208 orang, usia 16 hingga 18 tahun pula 82 orang dengan dengan 114 lelaki dan 176 perempuan,” katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, kes rogol bawah umur dan sumbang mahram merupakan jenayah seksual yang memerlukan inisiatif pelbagai pihak untuk sama-sama membanteras isu itu.

“Jadi, saya mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak, selain beberapa pelan strategik jangka panjang telah dibangunkan untuk mengatasi isu ini.

“Antaranya adalah dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reprodutif dan Sosial (Pekerti) yang bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak termasuk wanita, keluarga dan kanak-kanak,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN