[PARLIMEN] Sambutan tahun baharu besar-besaran tidak dibenarkan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Sambutan tahun baharu besar-besaran tidak dibenarkan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 secara besar-besaran tidak dibenarkan.

Menegaskan perkara tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya dibenarkan secara kecil-kecilan yang disertai keluarga dan rakan.

“Buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya secara kecil-kecilan dibenarkan.

“Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Makluman mengenai perkara itu adalah susulan kes Covid-19 membabitkan varian Omicron, sekali gus menjadi kebimbangan banyak pihak.

Berikutan itu, Khairy Jamaluddin berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak untuk melawan varian berkenaan.

Bagi tujuan itu, beliau berkata , PPV Mega akan dimulakan di kawasan Lembah Klang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN