[PARLIMEN]: Rakyat Malaysia paling ramai tonton pornografi - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Rakyat Malaysia paling ramai tonton pornografi

AKSES tanpa batas kepada pornografi dan bahan lucah melahirkan masyarakat mental berpenyakit. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia paling ramai menonton bahan pornografi mengikut data tahun lalu.

Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Che Alias Hamid [Kemaman-Pas] menggesa kerajaan supaya mengawal akses pornografi yang kini kian meruncing dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Statistik pada tahun 2020 menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai di Asia yang melayari laman web lucah sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

“Walaupun statistik yang dikeluarkan adalah dalam tempoh itu, saya yakin individu yang menonton bahan terlarang itu sebahagian besarnya akan mengalami ketagihan.

“Kerajaan perlu melakukan tindakan atau langkah-langkah yang lebih berkesan untuk menyekat laman web seumpama ini kerana ketagihan seperti ini melahirkan masyarakat yang sihat fizikalnya tetapi mempunyai mental berpenyakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya