[PARLIMEN] Normalisasi LGBT perlu dihentikan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Normalisasi LGBT perlu dihentikan

LGBT boleh menjadi wabak yang meruntuhkan bangsa. – AFP/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen menuntut kerajaan menjelaskan tindakan dan pengawalan kandungan digital negara selepas sebuah rancangan bersiri yang mengaitkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Datuk Che Abdullah Mat Nawi [Tumpat-Pas] berkata, kerajaan sepatutnya tegas dalam usaha untuk menangani masalah LGBT yang berlaku dalam negara.

“Baru-baru ini muncul satu trailer sebuah drama bersiri  yang berunsurkan LGBT dan ditayangkan melalui sebuah aplikasi digital.

“Kerajaan sewajarnya lebih ke hadapan dalam menangani video sebegininya yang boleh merosakkan masa depan masyarakat terutama anak-anak muda kita. Kita perlukan ketangkasan dan ketegasan kerana kalau tidak normalisasi LGBT dalam masyarakat akan terus berlaku,” katanya dalam perbahasannya.

Che Abdullah menzahirkan kebimbangannya terhadap perkara yang berlaku itu kerana ia merupakan tindakan menormalisasikan budaya songsang tersebut.

“Ini adalah perkara yang harus kita bimbangkan dan perlu perhatian serius daripada kerajaan. Saya minta kerajaan menjelaskan sejauh mana pengawalan yang dilakukan kementerian media sosial yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat serta penyerapan budaya menormalisasikan LGBT,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya