[PARLIMEN] Menteri jamin selesai isu Kampung Baru secara adil - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Menteri jamin selesai isu Kampung Baru secara adil

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot PKNS Sungai Baru.

Jaminan itu diberi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan berkata, beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju bagi memastikan persetujuan dapat dicapai.

“Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum.

“Saya ingat pada Januari, saya kira akan selesaikan dan selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan,” katanya dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkaitan isu Sungai Baru, Kampung Baru.

Shahidan dalam masa yang sama turut mencadangkan pemaju membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik dan membenarkan mereka membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina.

“Kita nak pastikan pemaju ada kekuatan kewangan dan bukan guna tanah untuk cari duit. Banyak pemaju kini boleh membayar dahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN