[PARLIMEN] Lima RUU ditangguh ke sidang akan datang - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Lima RUU ditangguh ke sidang akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lima Rang Undang-Undang (RUU) yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat hari ini, ditangguhkan pada mesyuarat akan datang.

Perkara itu dimaklumkan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan berkata, RUU yang ditangguh pada mesyuarat kali ini ialah RUU Kerja (Pindaan) 2021, RUU Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021.

Dua lagi RUU adalah Antigangguan Seksual 2021 dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

“Menurut peraturan mesyuarat 62, saya memohon RUU seperti tertera di nombor tiga hingga tujuh dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini bagi bacaan kali kedua dan ketiga ditangguhkan pada mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini, terdapat dua lagi RUU yang akan dibentangkan iaitu RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 dan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan menjadi tumpuan pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen ke-14 hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN