[PARLIMEN] Lawatan Setiausaha Negara AS turut bincang RE - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Lawatan Setiausaha Negara AS turut bincang RE

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isu penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) antara perkara akan dibincang bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken yang membuat kunjungan ke Malaysia.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan itu akan dibuat menerusi pertemuan antara Blinken dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

“Untuk makluman Dewan Rakyat, Malaysia menerima kunjungan Setiausaha Negara dari AS hari ini yang juga membincang mengenai RE ini. Perdana Menteri akan bertemu dengan Setiausaha Negara AS ,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Charles Anthony Santiago (PH-Klang) meminta kerajaan menjelaskan sama ada kajian akan dibuat mengenai pelan penjanaan elektrik daripada sumber RE yang telah dirancang mahupun akan dilaksanakan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN