(PARLIMEN) Ibu tunggal mampu wakili diri sendiri di mahkamah - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Ibu tunggal mampu wakili diri sendiri di mahkamah

SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited membantu golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan dengan menyediakan pelbagai program termasuk persiapan untuk  untuk mewakili diri sendiri di mahkamah.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, ibu tunggal yang kurang berkemampuan juga boleh mendapatkan khidmat guaman syarie menerusi Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

“Secara umumnya, keperluan khidmat guaman syarie boleh didapati daripada JBG yang ada menyediakan perkhidmatan bantuan guaman dalam apa-apa perihal prosiding mahkamah jenayah, sivil serta syariah kepada warganegara Malaysia (termasuklah ibu tunggal) yang layak di bawah Akta Bantuan Guaman 1971.

“Selain itu, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) turut membantu ibu tunggal melalui penyediaan program-program berbentuk pemerkasaan pengetahuan terutama peningkatan pengetahuan terhadap undang-undang, pengurusan emosi dan psikologi serta perkara perkara berkaitan jenayah yang sering berlaku terhadap wanita,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Siti Zailah berkata, antara program yang dilaksanakan adalah Projek Rintis Pemerkasaan Ibu Waja yang laksanakan secara rintis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan melibatkan 171 ibu tunggal.

Menerusi program itu, peserta diharapkan mampu untuk mewakili diri sendiri di mahkamah tanpa perlu melantik peguam.

“KPWKM juga ada menyediakan Program Legal Clinic untuk meningkatkan pengetahuan wanita mengenai hak mereka dalam perundangan. Setakat 30 November 2021, sebanyak 140 program telah dilaksanakan melibatkan 88,462 peserta.

“Program De’Stress Clinic juga diwujudkan sebagai program yang berbentuk pengurusan emosi dan psikologi. Ssebanyak 135 program telah dilaksanakan melibatkan 140,668 peserta daripada Januari 2021 hingga November lalu,” jelasnya.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Che Alias Hamid (Kemaman-Pas) yang minta untuk kementerian tersebut menyatakan rancangan untuk membantu memenuhi keperluan khidmat guaman syarie kepada golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya