[PARLIMEN] Azeez tuntut penjelasan kes suami Zeti Aziz - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Azeez tuntut penjelasan kes suami Zeti Aziz

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skandal dana RM65 juta berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menuntut jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih belum memberi penjelasan terperinci mengenai perkara itu.

“Pada 19 November, dalam kenyataan SPRM, baki RM65 juta daripada RM700 juta dibayar Jho Low telah disimpan oleh akaun milik suami bekas Gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dikembalikan oleh Singapura kepada Malaysia.

“Menteri Undang-Undang mengatakan kes ini telah disiasat oleh pihak polis sejak 2019, rakyat hendak tahu apakah statusnya? Adakah benar atau tidak?

“Kita tidak mahu fitnah menular, biarlah polis, menteri atau timbalan menteri yang menjawab,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdul Azeez berkata, perkara itu amat penting untuk dimaklumkan kepada seluruh rakyat di Malaysia kerana Zeti merupakan seorang tokoh yang dihormati dalam negara ini.

“Macam saya, dituduh ambil duit Tabung Haji untuk tempoh tiga tahun dan akhir sekali, saya ada peluang untuk tanya pada menteri agama di sini (Dewan Rakyat) dan telah terjawab bahawa tiada siasatan malah tuduhan terhadap sesiapa termasuk saya atas nama kecurian duit Tabung Haji.

“Jadi perlulah kita perjelaskan atas nama Zeti yang merupakan seorang bekas gabenor yang dihormati lagi sanjungi oleh semua pihak khususnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya